Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 9-Nov-2008 03:49
+ akad nikah | ashraf & bunga | jakarta, indonesia +
+ hi all +

+ hari ni will be another long day. hopefully i can upload peeks once i'm back in KL. in the meantime, please feel free to browse some of these peeks, ok! :-) +

+ m i n +
pretty peektures
_______________________

from Berita Harian ( with our pic as the main photo )
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20081108233209/Article/(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20081108233209/Article/)
_______________________

Selebriti sah suami isteri dengan sekali lafaz

KUALA LUMPUR: Pelakon, model dan pengacara TV, Ashraf Sinclair, 29, selamat bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari, 25, dengan hanya sekali lafaz di Masjid Al Bina, Senayan, Jakarta, semalam.

Upacara pernikahan yang berlangsung kira-kira jam 4 petang waktu Indonesia itu dihadiri keluarga kedua-dua pihak, termasuk 50 orang dari rombongan lelaki.

Pengantin perempuan ayu dengan busana rekaan Anna Avantie, manakala pakaian Ashraf pula dari Brutus, di samping hantaran 25 dulang dan mas kahwin berupa sepasang anting-anting 1.5 karat.

Majlis persandingan mereka akan berlangsung di Hotel Sultan, Jakarta, hari ini.

Ashraf yang terkenal menerusi filem Gol & Gincu serta SH3, mula berkenalan lalu jatuh cinta dengan Bunga Citra kira-kira setahun lalu ketika beliau menjadi pengacara untuk program Beat TV dan menemubual penyanyi itu.

Bunga Citra yang popular dengan lagu Ingkar, juga seorang pelakon yang pernah membintangi filem Cinta Pertama dan telefilem Indonesia seperti Mukjizat Allah dan ABG.

Majlis persandingan bagi pihak keluarga Ashraf akan dibuat selama dua hari, iaitu 14 November dan 15 November depan, di The Saujana Kuala Lumpur dengan konsep Inggeris dan juga di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, berkonsepkan `pulang ke kampung'.

Selepas itu, Ashraf akan menetap di Jakarta untuk sementara waktu kerana terikat dengan kontrak berlakon drama dengan stesen TV di negara itu. Ashraf turut berlakon dalam filem terbitan Indonesia seperti Pocong dan Saus Kacang.





© Pidgin Technologies Ltd. 2016